Monday, August 30, 2010

ANAK KECIL YANG TAKUT API NERAKA


Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"
Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."
Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka."
Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."
Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"

Friday, August 20, 2010

LIHAT LANGIT INGAT ALLAH


Petua orang tua-tua mengatakan,kalau hati runsing atau fikiran berasa sempit,dongaklah ke langit.Insya'Allah,hati yang runsing akan mendapat ketenangan.Seolah-olah langit yang sangat luas dan tidak bertepi itu mampu memberi rasa tenang didalam jiwa kita.
Tetapi harus diingat,yang memberi ketenangan itu bukan langit tetapi Allah swt.Langit hanya menjadi sebab sahaja bagi Allah untuk memberi ketenangan kepada manusia yang melihatnya (langit).
Untuk menjelaskan hal ini,perhatikan satu perrkara.Didunia ini ada dua bentuk penciptaan Allah.
Pertama,penciptaan yang dibuat Allah secara langsung.
Kedua,penciptaan yang dibuat Allah secara tidak langsung.
Ciptaan langsung daripada Allah termasuklah langit,hujan,hutan,bukit-bukit,gunung-ganang,sungai,laut dan seumpamanya.Semua itu adalah ciptaan yang dibuat oleh Allah tanpa campur tangan manusia.Istilah yang selalu digunakan ialah 'alam semulajadi'.
Maksud alam semulajadi bukanlah alam ini terjadi dengan sendirinya.Allah swt yang menciptakannya.'Semula jadi' itu maksudnya Allah telah menciptakan sejak awal lagi.Ada antaranya dicipta sebelum penciptaan manusia.
Ciptaan secara tidak langsung pula ialah aseperti bangunan,kenderaan,perabot,pakaian,dan lain-lain.Semua ciptaan ini dibuat oleh manusia.Dengan akal fikiran,tenaga fizikal dan keupayaan imaginasi,manusia mencipta pelbagai alat teknologi.
Tetapi ingat! Manusia itu diciptaka oleh Allah swt.Akal,jiwa dan seluruh anggotanya adlah pemberian Allah juga.Manusia tidak akan dapat cipta atau membuat sesuatu tanpa kurniaan Allah.Itulah maksudnya ciptaan tidak langsung daripada Allah swt.
YAng mana lebih menenangkan??
Rupa-rupanya,hati kita akan menjadi tenang apabila kita memandang sesuatu ciptaan langsung daripada Allah swt.Cuba bandingkan,bagaimana rasa hati kita apabila melihat bagunan pencakar langit? Ynag manakah lebih menenangkan hati?
Tentulah melihat tasik,sungai, dan bukit.Sebab itulah,biasanya orang beriadah atau ditepi tasik,sungai atau bukit.Selalunya orang memilih lokasi yang dekat dengan alam semulajadi.


'Dekat' Dengan Allah

Apabila hati kita tenang ketika melihat langit,bukanlah kerana langit itu memberi ketenangan.Tetapi kerana langit itu 'dekat dengan Allah yang menciptanya.Hati kita akan jadi tenang apabila dekat dengan sesuatu yang dekat dengan Allah swt.
Kalau begitu pun hati kita berasa tenang,apa lagi kalau hati kita terus dekat dengan Allah melalui zikrullah dan beribadah.Tentulah akan lebih tenang.

Benarlah firman Allah swt :

''Ketahuilah,dengan mengingati Allah (zikrullah0 hati akan menjadi tenang.''
( Ar-Ra'd : 28 )