Thursday, February 3, 2011

YA ALLAH...


Ya Rahman..Ya Rahim..
Duhai Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Engkaulah yang menciptakan kasih sayang
dihati ayah dan ibu kami..
yang telah mengizinkan ayah dan ibu
mencurahkan kasih sayang kepada kami.

Maka kini curahkanlah kasih sayangMuYa Allah..
kepada ayah dan ibu kami..
agar sentiasa mereka dalam penjagaan dan perlindunganMu.
Dan apabila mereka telah mendahului kami Ya Allah..
Tak dapat kami melakukan apapun
kerana harta,pengkat,jawatan kami telah tidak berpunya..
Dan jadikanlah kami anak-anak yang dapat mendoakan ibu bapa kami dengan ikhlas dan penuh tawadu'

Dan jadikanlah anak-anak kami pula Ya Allah..
menjadi anak-anak yang Engkau banggakankerana ketaatan mereka kepadaMu.
Jangan jadikan anak-anak kami..
yang kelak membuatkan kami malu dihadapanMu Ya Allah..
Jangan jadikan anak-anak kmai..
Anak-anak yang ingkar dan jauh dariMu
kerana kami tidak mampu menjaga mereka
kecuali Engkau Ya Allah..Yang Berkuasa atas segalanya..
Hanya dengan izinMu Ya Allah..
maka jadikanlah anak-anak kami
sebagai amanah yang kelak kami pertanggungjawabkan dengan baik
ketika kami kembali menghadapMu..


Allahumma'ameen..Ya Rabbal'alaminn..!!! <3

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates